Sunday, August 18, 2013

Asal Usul DIN LAKSA TELUK KECHAI

Bagi yang tidak mengetahui, Din Laksa telah lama beroperasi di sekitar Jalan kuala kedah . Perniagaan ini telah diilhamkan dan dijalankan sendiri oleh Allahyarham encik Arifin sekitar tahun 50-an iaitu sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan . Pada ketika itu , perniagaan Laksa dijalankan secara kecil-kecilan dibawah rumah yang terletak bersebelahan kedai laksa sekarang . Din Laksa terkenal dengan keenakan sambalnya yang tersendiri dan laksa yang diperbuat menggunakan beras berkualiti . Restauran Din Laksa juga sering dikunjungi dengan kehadiran artis-artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dan suami Dato Seri Khalid Mohd Jiwa, pelawak Lan Pet Pet,Amy search, kumpulan nasyid In-team,Intan Ladyana, Kamal Adli dan lain-lain . Selain itu, perniagaan ini masih beroperasi sehingga ke hari ini  dan diuruskankan oleh pewaris beliau . Menu-menu lain yang boleh didapati ialah satay ayam dan daging , dadih pelbagai rasa , pulut sambal dan terkini mee kari yang ditambah sambal kerang pada harga yang murah iaitu RM3.50 . Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh hubungi nombor ini 04-7625188

No comments:

Post a Comment