Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jadi, untuk blog kali ini , saya akan memaparkan cara-cara untuk melupakan bekas kekasih atau orang tersayang dengan hanya mengambil masa seminggu atau lebih dengan berkesan . Insyaaallah..
Pertama sekali , tekadkan niat anda untuk benar-benar melupakan si dia tanpa mempunyai sebarang perasaan kasihan sedikit pun kerana lebihan perasaan sayang mungkin akan menyebabkan anda masih di takuk yang lama . Tabahkan diri untuk maju kehadapan , anda lebih berhak mendapat yang lebih baik .
Kedua, jauhkan diri anda dari sebarang peralatan teknologi yang boleh membuatkan anda berhubungan kembali dengan si dia melalui teknologi masa kini seperti Facebook,Twitter, whatsApp,wechat , Line dan sebagainya . Padam segala perkara yang masih membuatkan anda masih mengingatinya seperti mesej-mesej dari si dia atau perkembangan terbarunya.
Ketiga, cuba untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan dan cuba untuk membuka hati mengenali orang baru . Inilah masa untuk rileks dan tidak terlalu tertekan dengan apa yang terjadi . Lakukan aktiviti riadah yang dapat menjana perkembangan sihat mental dan fizikal seperti berjoging,bermain badminton, menunggang basikal dan sebagainya .
Keempat, elakkan diri anda dari mendengar lagu-lagu sedih atau lagu yang boleh mengenangkan anda terhadap si dia , hal ini akan membuatkan emosi anda terganggu sekaligus merosakkan peluang untuk anda melupakannnya . Anda dinasihatkan untuk tidak berada berseorangan , cari rakan atau kawan baru yang boleh berkongsi minat yang sama dengan anda.
Kelima , lakukan perkara yang menarik minat anda seperti scuba diving, memasak, membaca dan lain-lain . Dan yang terakhir, selalu mendekatkan diri kepada Tuhan dengan melakukan perkara yang disuruhNya dan meninggal laranganNya. Cinta manusia hanya sementara tetapi cinta kepada Ilahi kekal selama-lamanya . Sekian sahaja nasihat dari saya .
My biggest ambition is I want to be the most successful entrepreneur in the WORLD !!! YES I AM !
Thursday, November 14, 2013
Sunday, August 18, 2013
Gambar-gambar Restauran Din Laksa Teluk Kechai
Penulis berkesempatan mengambil gambar-gambar Kedai Din Laksa sebelum dibuka . Perniagaan ini mula beroperasi seawal jam 3petang sehingga 9.30 malam . Tempahan awal boleh dibuat melalui talian nombor 04-7625188 .
Asal Usul DIN LAKSA TELUK KECHAI
Bagi yang tidak mengetahui, Din Laksa telah lama beroperasi di sekitar Jalan kuala kedah . Perniagaan ini telah diilhamkan dan dijalankan sendiri oleh Allahyarham encik Arifin sekitar tahun 50-an iaitu sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan . Pada ketika itu , perniagaan Laksa dijalankan secara kecil-kecilan dibawah rumah yang terletak bersebelahan kedai laksa sekarang . Din Laksa terkenal dengan keenakan sambalnya yang tersendiri dan laksa yang diperbuat menggunakan beras berkualiti . Restauran Din Laksa juga sering dikunjungi dengan kehadiran artis-artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dan suami Dato Seri Khalid Mohd Jiwa, pelawak Lan Pet Pet,Amy search, kumpulan nasyid In-team,Intan Ladyana, Kamal Adli dan lain-lain . Selain itu, perniagaan ini masih beroperasi sehingga ke hari ini dan diuruskankan oleh pewaris beliau . Menu-menu lain yang boleh didapati ialah satay ayam dan daging , dadih pelbagai rasa , pulut sambal dan terkini mee kari yang ditambah sambal kerang pada harga yang murah iaitu RM3.50 . Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh hubungi nombor ini 04-7625188
Subscribe to:
Posts (Atom)