Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jadi, untuk blog kali ini , saya akan memaparkan cara-cara untuk melupakan bekas kekasih atau orang tersayang dengan hanya mengambil masa seminggu atau lebih dengan berkesan . Insyaaallah..
Pertama sekali , tekadkan niat anda untuk benar-benar melupakan si dia tanpa mempunyai sebarang perasaan kasihan sedikit pun kerana lebihan perasaan sayang mungkin akan menyebabkan anda masih di takuk yang lama . Tabahkan diri untuk maju kehadapan , anda lebih berhak mendapat yang lebih baik .
Kedua, jauhkan diri anda dari sebarang peralatan teknologi yang boleh membuatkan anda berhubungan kembali dengan si dia melalui teknologi masa kini seperti Facebook,Twitter, whatsApp,wechat , Line dan sebagainya . Padam segala perkara yang masih membuatkan anda masih mengingatinya seperti mesej-mesej dari si dia atau perkembangan terbarunya.
Ketiga, cuba untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan dan cuba untuk membuka hati mengenali orang baru . Inilah masa untuk rileks dan tidak terlalu tertekan dengan apa yang terjadi . Lakukan aktiviti riadah yang dapat menjana perkembangan sihat mental dan fizikal seperti berjoging,bermain badminton, menunggang basikal dan sebagainya .
Keempat, elakkan diri anda dari mendengar lagu-lagu sedih atau lagu yang boleh mengenangkan anda terhadap si dia , hal ini akan membuatkan emosi anda terganggu sekaligus merosakkan peluang untuk anda melupakannnya . Anda dinasihatkan untuk tidak berada berseorangan , cari rakan atau kawan baru yang boleh berkongsi minat yang sama dengan anda.
Kelima , lakukan perkara yang menarik minat anda seperti scuba diving, memasak, membaca dan lain-lain . Dan yang terakhir, selalu mendekatkan diri kepada Tuhan dengan melakukan perkara yang disuruhNya dan meninggal laranganNya. Cinta manusia hanya sementara tetapi cinta kepada Ilahi kekal selama-lamanya . Sekian sahaja nasihat dari saya .