Tuesday, September 21, 2010

Pengurusan Kewangan Versi Pelajar

Semua orang di dunia ingin kaya atau lebih tepat JUTAWAN tetapi golongan ini kurang mengambil tahu bagaimana ingin mencapai tahap tersebut . Mengikut karya buku hasil nukilan Nazri Kadir iaitu Minda Jutawan Gaya Trump , setiap individu berpotensi menjadi jutawan jika mengikut cara-cara yang betul . Buku ini mengandungi 5 bahagian dan bonus mengenai kisah Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang tidak diketahui ramai . 


Apa yang menarik minat penulis membaca buku ini adalah mengenai satu fakta yang sudah diketahui umum tetapi masih kurang dipraktikkan pada zaman sekarang iaitu Pendidikan Kewangan Kunci kepada Jutawan . Donald J Trump dipetik berkata dalam bukunya Why we want you to be rich  "Mesej saya dan Robert adalah dengan pendidikan kewangan yang bersesuaian dan perancangan yang baik , kita dapat mengharungi saat yang buruk dan genting di dunia ini ."


Pendidikan kewangan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian . Sejak kecil kita ditekankan supaya menjaga wang,berjimat-cermat,berbelanja dengan bijak,menabung dan sebagainya. Malangnya,walaupun semua orang tahu mengenai kepentingan pengurusan kewangan dalam hidup, tetapi perkara ini jarang di beri penekanan di rumah oleh ibu bapa atau penjaga . Sedangkan pendidikan kewangan adalah jawapan bagi kebanyakan masalah kewangan yang dihadapi masa kini . 


Pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan terpaksa melakukan pinjaman wang bagi menyambung pelajaran sekaligus menjadikan mereka penghutang termuda . Hal ini boleh dielakkan jika pengurusan wang yang berkesan dapat dilakukan . Jutawan-jutawan terkemuka juga melakukan pengurusan kewangan walaupun mereka bertaraf billionaire seperti Donald J Trump,Adam Khoo,Robert Kiyosaki dan lain-lain. 


Jika anda mempunyai keinginan untuk membeli gajet terbaru,melancong ke luar negara, mempunyai alat kosmetik yang mahal dan sebagainya,nasihat saya kepada anda ,TANGGUHKAN DAHULU KEHENDAK DAN DAHULUKAN KEPERLUAN . Jika anda berasal dari keluarga yang berkemampuan atau berada , jangan jadikan keadaan itu sebagai tiket untuk anda boros berbelanja . Kita tidak tahu jika anda masih akan kaya pada waktu akan datang . :)


INGIN SAYA INGATKAN PERKARA UTAMA YANG PERLU DILAKUKAN BAGI MENGURUS KEWANGAN IALAH - BELI PERKARA YANG PERLU DAN JANGAN BOROS!